Wednesday, December 2, 2009

Makna sebuah pemberian

Hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/ isteri/suami anda mempunyai
maksud yang tersirat...

JAM TANGAN... ... ... Tanda meningati setiap masa dan waktu.
sebab sidia kalau perempuan berhias diri berjam jam..sampai ....siabang penat menunggu, kalau si lalaki pula kalau dah janji nak tunggu pukul 2. petang kat taman pukul 5 baru sampai..alasanyer tertidur.... jadi hargailah waktuPadahal nak suruh solat.

CINCIN... ... .... ... .Tanda ikatan kasih yang abadi. klu si perempuan nak sangat cincin maknayer tak sabar ler nak suruh si lelaki masuk meminang..... nak tunjuk kat orang … dah berpunya… kena cop

GELANG... ... ... ... .Tanda mesra..maksud sebenar nak tunjuk kat jiran tetangga lakinyer lebih kaya.....

RANTAI LEHER ... ... .Ikatan cinta yang perlu perhatian...ni lagi satu paling jelas....materialistik...

SUBANG... ... ... ... .Tanda penghargaan dan penghormatan. biasanya klu nak sgt hadiah subang tue..supaya siwanita tue dengar cakap si lelaki..kadang2 wanita nie degil..dan keras kepala sikit

KASUT... ... ... ... ..Sentiasa mengambil berat/prihatin. biasanyer maksud kasut tue..supaya siwanita tak kuat bershopping..klu tak cukup bulan makan batu ler..jangan pakai selipar ayah.

PAKAIAN/KAIN. .. ... .Semoga kasih berkekalan dan dekatselalu. nie lagi satu maksud yang jelas...untuk wanita supaya pakai ler tutp aurat sikit...sakit mata memandang...kalau utk lelkai supaya rajin bertukar baju atau rajin sikit basuh baju..klu tak asyik pakai baju yang sama tiap kali keluar...bau baju tue..ikan kat kolam pun leh mati...

PAYUNG... ... ... ... .Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi. nie lg senang supaya yang putih takkan gelap...dan yang gelap tak bertambah kelam.... suruh simpan bukan tinggal kat tingkap bas

MINYAK WANGI... ... .Tanda cinta..he..he..he.. nie supaya stp pasangan peka bau badan sendiri..klu kluar tak lah asyik nak tutup hidung jer...

BINGKAI GAMBAR... ..Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan. supaya tau diri dah berpunya..jangan curang....

BUKU... ... ... ... ... Bersifat terbuka dan bertolak ansur. maksudnyer buat ler aktiviti berfaedah masa lapang..jgn nak mengumpat atau merajuk jer kerja...

BUNGA... ... ... ... ... Tanda perkenalan dan tanda sayang... selain itu tue maksud yang jelas supaya si wanita nie rajin sikit tanam pokok bunga..nie malas sgt..nak harapkan bunga kat kedai jer...atau rajin sikit buat kerja rumah

COKELAT ... ... .. semanis cintamu. supaya pasangan rajin jaga badan..lepas kahwin nanti tak ler..pasangan lain cari lain

LAGU/CD/KAD UCAPAN ... ... ... mengabadikan cinta dan ingat siapa yang tercinta

SEJADAH DAN ALQURAN... ... ... tandanya kekasihnya ituvmenyayanginya dunia..dan yang jelas rajin-rajin beramal ibadat... dan akhirat.

Satu lagi... . zaman mellinieum.. . .

HANDPHONE... tandanya... . kau jangan lari dariku!!!!.. . .. .aku kan cari
kamu walau dimanapun... melainkan kalau handphone tu ditutup... ..

HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!
MASUK MEMINANG... ... tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!

Friday, November 20, 2009

Nukilan buat arwah mama (Pn. Rakiah)

Mama...

5 tahun hidup k'as berlalu tanpamu. Hanya dapat k'as kirimkan doa buatmu mama. Walau jasad mama tiada disisi tapi k'as adapat rasakan mama selalu berada hampir dengan k'as. Mama kami ber3 telah berjaya ini semua hasil didikan mama dan abah. K'as dan Mui mengikut jejak mama dan abah menjadi pendidik. Mullah pula bekerja di CELCOM.

Kawan makan kawan..

Kawan.... dalam hidup ini susah nak cari kawan yang boleh susah senang bersama. Walau pun dia terlalu baik dengan kita tapi kita tetap harus beringat dan berjaga-jaga. Dunia sekarang penuh manusia yang bergelar "Kawan Makan Kawan". Itulah yang aku lalui. Tujuan aku tulis coretan ini bukan untuk mengutuk atau meminta simpati. Tapi untuk berkongsi dengan semua agar tidal lalaui apa yang aku lalui. Pengalaman banyak mengajar aku erti kehidupan serta mematangkan diriku.

Jangan sangka orang yang selalu tersenyum dan 'hepi good lucky' ni tudak mempunyai masalah. Aku masih ingat kata-kata Guru Kauseling aku masa di SMBP. "Selalunya orang yang hepi good luck itulah yang mempunyai banyak masalah. Mereka tidak suka orang mengetahui masalah mereka dan mereka buat2 hepi".. Itu benar...

"Kawan makan kawan".... kerana percayakan kawan akhirnya kawan tu juga yang menikam dari belakang. Dalam idup aku, aku bukan jenis menyebar keburukan orang. Tapi apa salah aku sampai dia buat aku macam ini. Memburuk-burukkan aku pada kawan-kawan yang lain.. Menceritakan apa yang aku tak lakukan pada orang lain... Kawan jenis apakah ini?? Inikah yang dinamakan kawan? Aku redha apa yang terjadi. Buat insan tersebut terima kasihlah atas segala-galanya. Aku telah maafkan apa yang kamu lakukan.. Aku selalu doakan moga insan tersebut diberkati tuhan dan hargailah sebuah persahabatan.... amin..

Kawan2 semua pandai2lah memilih kawan.. Satu lagi klu berkawan janganlah memburukkan orang lain. Jujurlah dengan sebuah persahabatan...

Saturday, November 14, 2009

My live so far

miss my blog.... lama tak aku jenguk blog aku ni.. maklumlah kesibukan akhir2 ini.. travel kesana ke mari... Deepavali balik kg tgk atuk tak sihat... then ambik kete Kelisa aku yang accident. pastu blk kl then pi PD 1 week mesyuarat n kursus kat Hotel Selesa, PD.. then balik Jumaat tu terus ambik Dik Chik pi ambik my new car..... WTD 82XX.... terus balik kelantan lagi.... then pi sek 1 week weekend pi PD ada family day at Ancasa Resort and Spa, PD... alhamdulillah aku get 1 set Tupperware n 1 package penginapan 2 hari 1 malam kat Ancasa Resort and Spa.... alhmadulillah. Balik PD esok hari bertolak ke Melaka kursus 1 week..... byk tol aktiviti..... Tunggu aku akan upload pic my aktiviti....

Wednesday, September 30, 2009

Oh my god... where are u??

I don't no why i cannot recall my memory.. Teruklah aku ni..muda2 lagi dah lupa. Itu menandakan semakin hari ke hari diri aku kearah menjadi dewasa.. Mana i put that letter lol??? Still menjadi persoalan dalam pikiranku. Takkanlah aku tak nak buat claim?? Oh no... Dah tu esok ada meeting takkan aku main redah jer.. Tulah klu aku tak ambik dr rak aku benda tu takkan ilang. Arini pagi2 aku dah geledah semua buku2, file n laci cari that letter...

What should i do??
I still thinking about that letter... oh no...
Lastly aku nekad go to opis n met Pn. Chu.. Pn. Chu my offer letter missing.. what should i do? ayooo.. muda2 lagi dah lupa lol.. why u tak simpan betul2? Last day before raya i take from my rack then i cannot remember where i put... Ok you meet akak Zai... (ati aku terus lega sangat2). Lastly i get copy that letter... alhamdulillah...

OOoooo.... nope love letter... huhuh.. but letter of over be pengawas for PMR at SMK Puchong Jaya (A)...co'z tomorrow i must attend meeting at that school... gabra co'z 1st ... i hope semua berjalan lancar... amin..

GooD LuCk 4 all students form3....

Tuesday, September 29, 2009

Kau ada dia ...the lima

Kau Ada Dia
Sudah lama ku memendam rasa
Cinta di dalam dada
Namun tidak pernah bersuara
Kerana takut kecewa
Ku tunggu waktu yang lebih baik
Untuk langkah pertama
Jauh dari apa yang ku kira
Hatimu ada yang punya
Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia
Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cinta
Tapi sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang
Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia....
Kau ada dia ..
aku rasakan sinonim dalam hidupku. Apabila dengar lagu ini membuat ati aku sayu. Sampai bilakah aku akan terus seperti ini?? Namun tak mungkin persoalan itu dapat aku jawab.. Biarlah takdir dan masa yang menentukan.. Yang penting dalam hidupku sekarang adalah kebahagiaan adik2 aku (mui & mullah) dan kerjayaku. Aku sedar aku tidak dilahirkan mcm Siti Nurhaliza dan tidak juga mcm Maya Karin. Bukan aku pinta diriku seperti ini tp tuhan yang menentukan. Aku redha dan bersyukur masih mempunyai cukup anggota badan dan bukannya OKU.. alhamdulillah.. Yang penting bagi aku apa org nak kata..katalah yang penting aku bukannya kacau dia orang pun.. Aku masih ingat pesanan nenekku.. "Kak As, kita tak ada rupa jadi belajarlah tinggi-tinggi". Alhamdulillah sekarang aku mampu pegang segulung IJAZAH dan berstatus CIKGU.. Maybe lepas ini aku mampu mengengam Master dan PHD. Itu adalah impian diriku ini. Harap ianya menjadi kenyataan..amin. Biarlah aku tidak berjaya dalam cinta tapi yang penting bagiku adalah cita-cita. Aku yakin CINTA akan datang satu masa nati tak perlulah aku memikirkannya..

Saturday, September 26, 2009

New Hobi...sulam menyulam




Hobi...


Kalau dulu hobi aku membaca novel, travel, bertenet.... now aku ada hobi baru plak. Hobi ni sangat menarik dan menguji aku supaya teliti dan bersabar. Bak kata pepatah " hendak seribu daya tak hendak seribu dalih".. Hobi ni bermula apabila Cik Sue (my aunty) told to me dia ada buat tudung bawal bunga bayang. Aku tny dia apa benda tu.. tak penah dengar. Then apabila Mullah (adik bongsuku) blk lg Cik Sue kirim tudung tersebut. Nice tudung i like it..sgt2 cantik dan kemas. Balik raya aku mintak Cik Sue ajar aku jahit. Pastu aku ajak Farid (sepupuku) supaya antar aku ke kedai nak beli barang-barang untuk membuat tudung bunga bayang. Aku beli 2 helai kain bawal (pink dan cream) yang belum disulam then beli benang serta frame. Balik tu apa lagi aku terus lukis bunga di atas kain. Dan mula menjahitnya sepetang... sungguh ssh tp menarik dan buat aku kusyuk giler..huhu....




Apa yang aku tekapkan bukan aku ikut pun. Jadi bunga lain plak. Hentam jelah janji siap.. Yang plaing berlagak aku ni, org lukis bunga sikit2 jer... baru2 blj dah lukis bunga penuh di kain.. mak ai nampaknya lambatlah nak siap.... yang pasti nati aku akan paparkan hasil kerja tangan aku.. Tapi tunggu dulu biar suprise.... Dalam ni aku sertakan pic aku capture hasil kerja tangan Cik Sue. Tunggukan hasil kerja tangan aku..................

Kata orang..


Kenapa manusia...


Kalau dah berumur mereka akan ... (terpaksaku lalui sekarang)

"bila nak kahwen?"

----> masalahnya aku tak th bila tarikh aku nak kahwen..klu aku tahu leh aku jawab soalan tu.. calon pun tak ada. sapalah tak nak kahwen..mstlah nak kahwen nak ada teman idup untuk berkongsi segala-galanya.


Pastu klu dah kahwen.... (ni kwn2 aku lalui)

"bila nak dapat baby?"

-----> manalah mrk th bila nak dpt. usaha mmg lah mrk usaha semua tu ditangan tuhan..


Dah ada anak plak..

"bila nak dapat menantu?"


Dan .. bla..bla...bla... (bermcm2 soalan dia aju-ajukan)


Kesimpulannya manusia ni takkan abis persoalannya .... last2 sekali kena soal alam lain baru terdiam.. Jadi moral of the story...jgnlah jaga tepi kain org, jagaklah tepi kain sendiri aja..


~JeratSemata'09 (1.29a.m)~

Friday, September 25, 2009

Suatu pagi di hari raya..



Satu Pagi Di Hari Raya(Raihan &
NowSeeHeart)

Satu Pagi Di Hari Raya
Aku Sujud Memuji Mu
Satu Pagi Di Hari Raya
Aku Sujud Membesarkan Mu
Ku Melafazkan Takbir
Penuh Rasa Kehambaan
Ku Melafazkan Tahmid
Penuh Rasa Kesyukuran
Korus:
Gema Takbir Di Pagi Raya
Ku Teringat Kampung Halamana
Ku Di Perantauan
Tak Berdaya Menahan Sebak
Gema Takbir Di Pagi Raya
Ku Rindukan Ibu Di Sana
Keluarga Sanak Saudara
Hanya Doa Kukirim

Marilah Di Hari Raya
Kita Semua Bermaafan
Lupakan Persengketaan
Eratkan Persaudaraan
Harmoni Di Hari Raya
~ PasirPuteh'09~

Thursday, September 24, 2009

Raya Style..

Raya tahun ni tak sempat nak tempah baju.. jadi terpaksalah beli ready made.. nasib ada saiz..huhu.. Dulu arwah mama belikan kain tlg pi tempah. Sejak arwah mama tak ada semua aku kena buat sendiri terpaksalah berdikari.. Nasib si mui n mullah dah keje. Jadi mereka dah sediakan baju raya sendiri. Klu tak aku kena sediakan untuk mereka berdua. maklumlah akukan akak n merekakan adik. Tp now adik plak kena jaga akak.. Berbalik pada baju raya aku tahun ni.. huhuh. Macam budak2lah plak. I like baju kurung sbb boleh pakai bila2 masa n dimana2 saja.. Klu berfesyen2 ikut peredaran zaman dan masa.. Tada........huhu..ada sepasang lagi yang tu lupa nak snap pic.. bz sesangat aritu... Tapi raya tak semeriah masa ada arwah mama dulu2.. Tahun ni aku tukar RM100 jer duit RM1 tuk disedekahkan.. Tak dapat bg banyak.. janji ada gak bagi tuk budak2.. Zakat semua alhamdulillah aku settelkan kat Selangor awal2 .. RM7 zakat untuk tahun ni. Nilah tahun pertama aku bayar zakat. Takkan nak harapkan abah lagi. Aku kan dah keje... Hope tahun depan muarh rezeki.. amin

~PasirPuteh raya'09~

My IMAGO..



My IMAGO after accident...



Oh tuhan.. apakah dugaan yang kau berikan untuk
diriku ini? Apa2 pun aku harus tabah dan redha dengan apa yang terjadi. Inilah
kali ke3 my imago kemalangan lagi. Aduh sakitnya kepala lututku. Tp sakit lagi
hati mengenangkan my imago... Adakah ini menunjukkan tanda perlunya sebuah
perpisahan???

I still remember Cik Sue say "Kak As jual jelah kete tu
dah berkali2 dah accident tak elok disimpan".. mullah n mui say "Kak As jual
jelah keta tu..mung beli kete lain".. Cik Ana say "Bila nak pki kete
lainnya?".... Aku pun ada say tu Mullah 2@3 hari sebelum accident "Mullah mung
servey vios ko aku. Co'z aku nak tukar pki vios nak jual kete ni"..

Benarkah kete boleh merajuk??? Aku asyik sebuk nak jual kete..nak jual
kete.. Terus merajuk n accident..sebenarnya aku sayang nak jual My IMAGO...i
love my imago very much.. Banyak kenangan aku ngan my imago.. My imago adalah
pemberian abah untuk aku.. aku guna my imago sejak 2006..masa aku belajar di
UTeM,Melaka.. My Imago banyak jasa bawak aku pi kelas..muahhh cyg my imago..

Rentetan kemlangan my imago:
-kemalangan kecil...di melaka lampu
pecah sikit terlanggar kete org.
-dilanggar belakang oleh Merc masa balik
keje ...masa keje jd engineer cabuk dulu2. Org tu bayar ganti rugi RM300 baiki
bumper belakang
-dilanggar tepi sikit masa parking di kampung baru..
-accident 1 week sebelum balik raya..kat LDP dengan Merc..kete abis teruk
kat depan.. Dekat beberapa bulaan tersadai kat bengkel..yang tu calaim
insurans..
-accident balik kelantan..langgar lembu kat Felda Chiku..abis
rm2k lebih baiki
-accident masa keluar dari umah PakMuda..dihari raya ke-4..
tak th bila nak kuar workshop ni..melayang rm1k lbh...tq mui co'z sponsor baiki
(mcm nilah adik)

Aku miliki imago tu dah dekat2 4thn (2006-2009)..Lepas
ni terpaksa aku lepaskan imagoku pergi..so sad..apakan daya jodoh tak
panjang..aku tetap akan merindui my imago..tulah 1st kete aku miliki dalam
idupku..

Aku patut bersyukur pada tuhan walau 3x kemalangan teruk dengan
my imago.. aku n para penumpang lain masih ada pelung untuk hidup.. Tak ada
kecederaan yang teruk. My imago dah menyelamatkan kami..alhamdulillah... Lepas
ni aku memiliki 2nd car.. tengah survey nak kete apa.. Aku nak kete yang boleh
isi barang banyak n apa bila kat jalan raya tak melayang2...huhu..

My
dreams:
- Fairlady so cute sesuai untuk ladies..tp harganya mak ai..tak
berkemampuan lagi.
- Cardina sporty n elegent.... aku mesti dapatkannya..now
mmg tak mampu tp aku yakin nati mst aku dpt miliki....
- Vios
bergaya...lagi2 colour hitam..nak cr yang berpatutan..ini mcm sesuai..
-
Avanza hitam pun ok gak....
- Pesona keluaran malaysia... badannya pun boleh
tahan juga..

~My hometown PasirPuteh at umah ATUK~

Monday, September 21, 2009

Miss My MAMA...



Mama..
Senyumanmu amat ku rindui. Suaramu sudah lama tidak ku dengari. Namun namamu ttp mekar dihatiku. Tiada yang dapat mengantikan tempatmu mama..

Mama...
Sudah 4 tahun kau pergi meninggalkan aku dan adik2.. sebak hatiku melihat 2 nisan terbujur kaku dan lalang2 tumbuh berdiri. Walau jasad mama tiada disisi tp k'as tahu mama sll berada dekat dengan k'as. Mama k'as, mui dan mullah sudah penuhi permintaan mama. Alhamdulillah kami bertiga sudah tamat belajar dan sekarang sudah bekerja. K'as terkilan sbb mama tidak sempat melihat kejayaan kami bertiga.. K'as dan mui telah menyambung kerjaya mama mendidik anak bangsa menjadi CIKGU. Mullah telah kerja di CELCOM. Semua ini hasil didikan mama dan abah. K'as tetap ingat kata2 mama... i miss u mama..

Mama..
Tak lama lagi mama akan dapat menantu.. Mui akan kahwen. Klu mama ada mesti mama lah org yang paling sibuk dan gembira.K'as harap mama gembira di sana.... Moga allah cucuri rahmat ke atas roh mama... amin
~PasirPuteh raya'09~

Saturday, September 19, 2009

Lebaran Yang Suram

Tahun ini tahun ke 4 aku dan adik2 celebrate lebaran tanpa arwah MAMA. Aku sangat2 merindui mama tapi apakan daya tuhan lebih sayang pada mama. Klu mama ada mst aku tak perlu pikir baju raya, makanan dipagi raya, kuih muih dan segala-galanya. Mama mesti akan siapkan sebelum lebaran menjelma. Bila tiba raya mama akan sibuk didapur menyiapkan ketupat dan tapai. Alangkah indahnya waktu mama ada disisi. Walau umur aku meningkat aku masih rindukan kasih syg mama..gelak tawa mama..suara mama... i need u mama..

Selalunya rutin kami pagi2 raya sewaktu mama masih disisi.. Pagi2 abah akan kejutkan kami utk mandi sunat raya, bermaafan dan bergegas ke masjid. Tapi kini tiada lagi tangan mama tuk aku cium..tiada lagi air tangan mama.. semua itu hanya tinggal kenangan. Kenangan itu sering bermain dilubuk mindaku. Kadang2 aku cukup jelous dgn org yang masih ada mak.. Tapi dah takdir aku kehilangan mak dlm masa yang muda.

Selepas kehilangan mama kami adik beradik selalu berkumpul di umah nenek dan atuk. Ya allah panjangkan umur atuk n nenek aku. Aku tak nak kehilangan orang yang tersayang lagi. Cukuplah kau ambik mama dan Cik Ngah.. Setiap kali raya aku resah dan gelisah... selamat hari raya buat semua.

p/s : buat yang masih ada ibubapa jagalah mereka jangan lukai mereka. setelah kehilangan mereka barulah kamu rasa kesedihan dan kehilangan....ingatlah kawanku

Thursday, September 17, 2009

Sunday, August 30, 2009

Apabila CIKGU jadi CHEF??

Apabila CIKGU menjadi CHEF??? tgk apa yg terjadi..
Jeng... jeng.... tada.....nilah hasil air tanganku..

Masakan paling senang dan popular dikelantan.. "Ikan Singgang"
Bahan-bahan simple: Ikan tongkol, air, lengkuas, asam keping dan garam (klu nak pedas letak cili)

Ikan Bush Jacket Sumbat Cili...
Bahan-bahan: Cili kering, asam jawa, garam, bawang merah, bawang putih, halia dan serai (diblander halus)

Sayur GORENG dengan sos tiram....

Ikan Kembung Masak Tomato.
Bahan-bahan: Sos tomato, bawang merah, bawang putih, halia, sos cili dan garam.. tomato jika mahu


Kurma Daging
Bahan-bahan: Rempah kurma adabi, daging, bawang besar, bawang putih, bawang merah, garam dan cili..


Tempe Goreng Kering Bersambal
Bahan-bahan: Tempe, bilis, kacang, cili kering, bawang merah, bawang putih, garam


Sotong Hitam (Resepi kegemaran kami apabila arwah MAMA masak)
Bahan-bahan: Cili kering, bawang merah, bawang putih, serai, 1 hitam dlm sotong, garam dan gula


Baby CUMI2 Goreng
(Sotong)
Bahan-bahan: Sotong, Cili, Bawang putih, minyak dan garam


Spagethi my fav


Itulah antara menu yang aku masak pada bulan Ramadhan ini... akan aku paparkan lagi menu2 lain.. Aku tak pandai masak.. main bedal aja. Alhamdulillah rasa cukup..

Merdeka.. merdeka .. merdeka


Salam kemerdekaan buat semua.............



"1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".


Hari ini 31Ogos2009 genaplah 52tahun Malaysia merdeka.. Kalau mengikut umur tersemua klu manusia dah beranak serta bercucu cicit..dah nak pencen. Ini bermaka, angka 52 itu menunjukkan Malaysia sudah lama hidup tanpa dijajah.


Tapi sayang seribu kali saya.. cuba kita renungkan bersama "adakah negara kita merdeka?". Bagi sayalah Malaysia Merdeka pada nama sahaja. Kita tetap dijajah oleh melalui pelbagai cara.. Antaranya wajarkah kita gunakan bahasa asing sebagai bahasa kita?? Manakah nilai2 cintakan bahasa.. "Bahasa Jiwa Banga" itu bermakna bahasa itu menunjukkan identiti sesuatu bangsa dan sesebuah negara. Anak2 nak diajarkan dengan bahasa pengantar negara asing.. tak patut..


Selain itu juga, anak2 muda masa kini terikut2 budaya Barat dengan cara percakapan, berpakaian, pergaulan dan sebagainya. Kita bukan hidup dengan cara itu, masyarakat kita penuh adat kesopanan dan kesantuman. Berpakaian tidak terdedah sana sini ibarat negara miskin tak cukup duit nak membeli kain. Dasyat sungguh masyarakat sekarang.. bertindik sini sana ibarat lembu. Kalau lembu ditindik untuk ditanda tapai manusia ditindik untuk apa??? Pikir-pikirkanlah.


Itu sajalaah coretan saya sempena kemerdekaan ke 52... Selamat Menyambut Hari Merdeka mudah-mudahan kemerdekaan milik kita kekal selamanya.. amin

Thursday, August 27, 2009

Andai ku tahu...............bestnya

Lagu inilah yang banyak membuat aku berfikir... lagu ini dinyanyikan oelh kumpulan ungu. Aku suka dengan bait2 ayatnya yang membawa seribu pengertian.. Hayatilah anda akan terhibur dan berfikir sama...

ANDAI KU TAHU (UNGU)

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Bosan..

Aduh bosan lah plak... tak th nak buat apa. Nak membaca paham2 lah malas.. Lastlah ngadap tenet..makan..minum tito.. tp posa2 ni bab makan minum tak adalah hny tito n tenet jelah.. huhu. aku rasa internet ni dah jadi dunia aku.. Mengadap tenet aku leh jupa ramai kwn dari pelabagai ceruk rantau...byk ilmu aku dapat... arghhh lantak lah mereka nak ckp aku apa.. janji aku bahagia dgn dunia aku n aku tak kacau org... btl btl btl bak kata upin n ipin.. ok tkt ni jelah.. warkah bosan aku..

Sunday, August 23, 2009

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam] andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..mengadu...merintih. ..meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU" andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhan kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman Duhai Ilahi....andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kamimenyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya bakal mewarnai kehidupan kami di sana nantiNamun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahuiapakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas-NYAwahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN........

Small Gath at Pearl Hotel

I'm hepi today co'z meet with my dpli frenzz.. dayah..Mr.Wals..Gjan n wife and tinie(jr at UTeM). Thank's a lot dayah n tinie co'z came to my house.... (nati jgn lupa dtg lagi.. i msk best2 lagi). Thursday kita jupa lg kau Kampung Baru sblm u all semua blk keje.. Today lupa nak snap pic.. nati at kampung baru kita posing byk2 yer... mis u all..

Friday, August 21, 2009

PSK: Karnival Jualan Makanan Tradisonal..











Pada RABU (18 OgOs '09) Panitia Sivik & Kewargarganegaraan berjaya menganjurkan aktiviti Karnival JUalan Makanan Tradisonal.. Aku mewakilkan 2 kelas 3Jujur & 3Luhur. Pada hari tu, students bwl mcm2 makanan tradisonal.... ada gaklah mknan tak tradisonal. Tapi bedal jelah janji jual.. Setiap gerai dihias dgn pelbagai2 benda.... meriahlah sangat.... Aku pun adalah buat aiskrim malaysia (aiskrim ala2 desa) ....tok 3J jual.. alhamdulillah semua makanan habis... keuntungan tak adalah byk sbb jual syaratnya abiskan bahan juaalan jew. yang tak abis cikgulah jd mangsa tok habiskan kuih tersebut....

Memang meriah dan amat menarik.... aritu sehari aku tak pi kantin............. Lastly my klas 3J memenangi pertandingan gerai.. walaupun simple tp kami menggunakan hiasan ala2 tradisonal... yahooo................... aku pun tumpang gembira...

Thursday, August 20, 2009

SINAR RAMADHAN KEMBALI LAGI..

Sinar ramadhan akan kembali lagi... semua umat Islam didunia menunggu2 kedatangan ramadhan.. Sabtu (22 September '09) semua akan mula berpuasa..

Apa itu PUASA???
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

Firman Allah S.W.T:
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (
Surah Al-Baqarah: 183)”

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."


Niat puasa??
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala..


SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM DI MANA SAJA BERADA

Friday, August 14, 2009

LoVe..lOvE




I don't understand with my heart. I know i need someone to share sweet moments and everything. I hope someone to love n take care me..but i don't know who can realize my dreams.. Only Allah know my life....


Everyone need love....




What's wrong with the world mama?People living like aint got no mamas. I think the whole worlds addicted to the dramaOnly attracted to the things that bring you traumaOverseas yeah we tryin to stop terrorismBut we still got terrorists here livinIn the USA the big CIA the Bloodz and the Crips and the KKK But if you only have love for your own raceThen you only leave space to discriminateAnd to discriminate only generates hateAnd if you hatin you're bound to get irateYeah madness is what you demonstrateAnd that's exactly how anger works and operatesYou gotta have love just to set it straightTake control of your mind and meditate Let your soul gravitate to the love y'allPeople killing people dyingChildren hurtin you hear them crying Can you practice what you preachWould you turn the other cheek?Father Father Father help us Send some guidance from above Cause people got me got me questioning Where is the love?(where is the lovex3)(the love2x)It just ain't the same all ways have changedNew days are strange is the world the insane?If love and peace so strongWhy are there pieces of love that don't belongNations dropping bombsChemical gases filling lungs of little onesWith ongoing sufferingAs the youth die youngSo ask yourself is the loving really strong?So I can ask myself really what is going wrongWith this world that we living in People keep on giving inMakin wrong decisions Only visions of them livin andNot respecting each otherDeny thy brotherThe wars' going on but the reasons' undercoverThe truth is kept secretSwept under the rugIf you never know truth Then you never know love Where's the love y'all?(I don't know)Where's the truth y'all?(I don't know)Where's the love y'all?People killing people dying Children hurtin you hear them cryingCan practice what you preach Would you turn the other cheek?Father father father help us Send some guidance from aboveCause people got me got me questioning Where is the love?(where is the lovex3)(the lovex2)I feel the weight of the world on my shoulderAs I'm getting older y'all people get colderMost of us only care about money makinSelfishness got us followin the wrong directionWrong information always shown by the mediaNegative images is the main criteriaInfecting their young minds faster than bacteriaKids wanna act like what the see in the cinemaWhatever happened to the values of humanityWhatever happened to the fairness and equalityInstead of spreading love, we're spreading anomosityLack of understanding, leading us away from unityThat's the reason why sometimes I'm feeling underThat's the reason why sometimes I'm feeling downIt's no wonder why sometimes I'm feeling underI gotta keep my faith alive, until love is foundPeople killing people dying Children hurtin you hear them cryingCan you practice what you preach Would you turn the other cheek?Father Father Father help us Send some guidance from aboveCause people got me got me questioning Where is the love?(fade)

Monday, August 10, 2009

RAHSIA WARNA

1. Merah (23 dis-1 jan & 14 jun-4jul)
Peribadi yg menyenangkan dan mudah disayangi org. Tapi emosinya sering berubah. Meskipun begitu, hatinya lembut, baik, menerima dan mencintai kekasih hati dengan seadanya. Oh ya! jangan cuba mencabar egonya kerana si dia mudah 'terluka'!-Sesuai dengan warna Coklat-

2. Kuning (12 jan-24 jan & 15 jul-25 jul)
Milik peribadi yg manis dan sgt baik. Sukar baginya menunjukkan rasa cinta pada sang kekasih. Sedaya upaya si dia menahan diri daripada menyatakan cinta. Namun, harus diingati, tatkala dirinya meluah getar asmara, kamu pasti tak tertahan mendegarnya. Bak berada di awang-awangan. Romantik sungguh!-Sesuai dengan warna kelabu-

3. Jingga (2 jan-11 jan & 5 jul-14 jul)
Sahabat dan teman istimewa amat penting baginya. Jadi jangan pernah memaksa si dia membuat keputusan memilih antara kamu dan sahabatnya. Menarik, si dia amat setia dengan pasangan. Sering berusaha untuk mempertahankan hubungan. Dia amat menghargai setiap apa yg dimiliki. Sungguhpun begitu, rasa sensitifnya sukar utk dibendung.-Sesuai dengan warna biru firus/turqoise-

4. Merah jambu/Pink (25 jan-3 feb)
Selalu mencuba yg terbaik untuk dirinya. Ringan tulang dan prihatin. Sungguhpun begitu, si dia sukar merasa puas dengan apa yg dilakukan. Individu yg dilahirkan pada tarikh pink ini berhati melankolis dan sentiasa berangan-angan utk memiliki cinta romantis umpama kisah dongeng dahulu kala.-Sesuai dengan warna emas-

5. Biru (4 feb-8 feb & 1 mei-14 mei & 5 ogos-13 ogos)
Sangat memilih terutama dalam usaha mencari pasangan cinta. Opss..mudah jatuh cinta, namun sayang seribu kali sayang, cintanya sering kali berlalu pergi. Bukan apa, kerana si dia terlalu memikirkan rasional berbanding naluri. Si dia juga jenis yg pasif dan mahukan kamu terlebih dahulu mulakan langkah menghampirinya.-Sesuai dengan warna hijau zaitun-

6. Hijau (9 feb-18 feb & 14 ogos-23 ogos)
Hati-hati dgn si dia kerana dia kritis orangnya! Si dia tidak segan2 mengkritik penampilan kamu. Kadang2 bicaranya bisa melukakan hati yg mendengarnya. Begitu pun dirinya amat mendambakan kasih sayang dari pasangan. Gemar di belai dan diambil berat. Namun, ramai individu yg dilahirkan dng aura hijau ini gemar memilih utk tetap single dan menunggu pasangan yg tepat.-Sesuai dengan warna Lime-

7. Coklat (19 feb-28 feb & 24 ogos-2 sept)
Aktif dan sportif. Seorang yg easy going. Juga seorang yg konservatif dan tidak sukakan kehidupan yg glamor. Si dia mahukan hubungan yg mantap dan membuatkannya berasa tenang sentiasa. Kesetiaannya boleh dipuji. Namun sayangnya, si dia mudah patah semangat. Hmm..-Sesuai dengan warna merah-

8. Lime (11 mac-20 mac & 13 sept-22 sept)
Orangnya tenang tetapi mudah di datangi tekanan. Sangat cemburu, mudah mengeluh walaupun utk perkara yg remeh. Si dia tidak boleh tertumpu pada satu perkara saja kerana banyak mimpi yg ingin diraihnya. Namun begitu, dirinya sering kali menjadi sandaran dan kesetiaan setiap insan.-Sesuai dengan warna hijau-

9. Hitam (21 mac)
Seorang yg penentang dan cukup berani. Tetapi tidak menyukai perubahan dlm hidup. gemarkan percintaan yg penuh cabaran dan rintangan. tidak mudah jatuh cinta namun sekiranya bertemu insan yg tepat, dia takkan sekali berpaling. mementingkan hubungan yg matang dan berpanjangan berbanding cinta yg menggebu-gebu di awalnya tetapi hancur di pertengahan jalan.-Sesuai dengan warna maroon-

10. Ungu (22 mac-31 mac & 24 sept-3 okt )
Gemarkan pasangan yg pembersih dan sering menjaga penampilan. mereka yg memiliki aura warna ini kebanyakkanya mempunyai naluri bussiness yg hebat. kamu tidak akan susah sekiranya memilih si dia sebagai teman hidup. ini kerasna dia bijak mencari wang dan sanggup bersusah payah demi utk membahagiakan pasangannya. tapi hati2 ye berhadapan dgn moodnya yg sering turun naik!-Sesuai dengan warna hijau tua-

11. Biru laut (4 okt-13 okt & 1 apr-10 apr )
Milik peribadi yg menarik dan sangat menghargai hidup. perasaannya kerap kali meluap-luap namun ada kalanya mudah goyah. sukar untuk memaafkan seseorang yg membuatnya marah terutama jika melibatkan harga diri.-Sesuai dengan warna krim-

12. Hijau zaitun (23 sept)
Seorang yg hangat dan kelakar. mudah bergaul dan beradaptasi dgn teman2 dan keluarga. tidak gemarkan kekerasan. tahu apa yg terbaik utk dirinya dan pasangan. baik hati dan tidak suka iri hati pada orang lain.-Sesuai dengan warna biru-

13. Perak/Silver (11 apr-20 apr & 14 okt-23 okt)
Gemar mencuba perkara baru dan mencabar diri utk melakukan perkara yg boleh dianggap berbahaya. seorang yg mudah di ajak berbincang dan mampu menenangkan individu dgn nasihatnya yg baik. dlm perhubungan cinta, dia sukar utk mempercayai kesetiaan pasangan. namun, sekiranya dia percaya, seumur hidup kepercayaannya takkan goyah.-Sesuai dengan warna Lime-

14. Putih (21 apr-30 apr & 24 okt-11 nov)
Melambangkan idelisme dan sikap keterbukaan. Dia memiliki moral yg tinggi, bersopan santun, tidak angkuh dan gemar membantu. seorang yg berfikiran optimistik dan mampu mengendalikan emosi. keyakinan dirinya juga sangat tinggi, malah lebih mengutamakan rasional berbanding kata hati. si dia bukanlah kekasih yg gemar merayu serta memanjakan pasangan. tetapi jangan sesekali meragui kesetiaannya.-Sesuai dengan warna merah dan biru-

15. Emas (15 mei-24 mei & 12 nov-21 nov)
Si dia miliki gerak hati yg tajam. tahu membezakan apa yg benar dan salah. seorang yg menyenangkan, ramah dan gemar berbicara. sukar menemui pasangan yg menepati keinginanya. namun, saat bertemu insan yg tepat, dia takkan bisa jatuh cinta lagi dlm waktu yg sama.-Sesuai dengan warna merah jambu-

16. Krim (25 mei-3 jun & 2 nov-1 dis)
Suka bersaing dan sportif. tidak suka kehilangan, justeru si dia berhati-hati mencari cinta. setelah bertemu, dia takkan melepaskannya! baginya, patah hati dan rasa kecewa sangat menyeksa jiwa. dia juga mampu memberi idea hebat membantu pasangan menyelesaikan masalah yg dihadapi.-Sesuai dengan warna biru laut-

17. Kelabu (4 jun-13 jun & 2 dis-11 dis)
Seorang yg menarik dan aktif. dia tidak pernah menyembunyikan perasaannya san selalu mengutarakan apa yg ada di dalam hati. ingin selalu mendapatkan perhatian lebih dari insan tersayang. di sebalik sikapnya itu, si dia sebenarnya seorang yg kelakar dan boleh membuatkan kamu bahagia apabila berada di sampingnya.-Sesuai dengan warna kuning-

18. Maroon (14 jun-23 jun & 12 dis-21 dis)
Cergas dan tahu apa yg betul utk dirinya. sering bertindak dgn cara sendiri tanpa menghiraukan perasaan orang lain mski tindakannya itu mencetuskan masalah. sabar menanti cinta datang padanya. sekiranya si dia sudah bertemu pasangan yg secocok, amat sukar baginya utk mencari cinta yg lain.-Sesuai dengan warna hitam-

19. Hijau tua (22 dis)
Bijak memanjakan diri pasangan. seorang yg pentingkan penampilan dan berselera tinggi menilai sesuatu hubungan cinta itu. penuh dengan idea2 bernas dlm membuat keputusan. cenderung menjadikan diri rujukan orang disekeliling.-Sesuai dengan warna ungu-

KonVo UTHM
























































Walau aku tak naik konvo tp merasa gaklah memakai jubah konvo n morta board... tu pun atas belah ihsan Pn. Emma n Ipoq Qaripap..huhu thank's buat kalian berdua.. Kul 7.30 aku bertolak ke Batu Pahat dgn Chah, Farah n Ida.. Tujuannya nak ambik transcript n sijil DPLI.. Sbb SPP lah aku berkejar ambik sijil n transcript..nak confrom CIKGU...
Walau tak ramai geng2 aku yg pi tp hepi gaklah dapat jupa yg ada... yang pi housemate aku Pn. Emma, Ipoq n Miah.. yang lain Rais, Mr Wals, Sawaluddin, Ustaz, Shahril n tunang Farah, Cik Ani n nanu, Naz, Juzi, Mas n sapa tah lagi..... Meriah gaklah.. Ni aku ada add pic yg sempat diambil...

TAHNIAH BUAT SEMUA TAK KIRALAH YG NAIK KONVO @ TIDAK.. YG PASTI JLNKAN AMANAH & TANGGUNGJAWAB YG DIBERIKAN DENGAN IKHLAS & JUJUR...








Sunday, August 9, 2009

KONVO lagi...

KonVo...kOnVo....ohh konvo

alhamdulillah aku berjaya dlm kerjaya... konvo lagi... mcm tak percaya.. tp konvo kali ini tak adalah bermakna kerana arwah MAMA dah tak ada... konvo kali ini aku memilih untuk tidak naik.. sllnya aku takkan terlepas tok berbaris naik ke pentas..

First konvo aku masa SIJIL POLI JB.... meriah kerana arwah mama, abah, ayah ngan n arwah cik ngah turut meraikan kejayaanku..
Second konvo masa aku DIPLOMA POLI KB... tulah last arwah mama n abah meraikan kejayaan aku... tp aku ttp bersyukur krn arwah mama sempat 2X tgk aku naik konvo..
Third konvo DEGREE UTeM, Melaka...adik aku Mulah yang pi. Masa tu mama dah pergi tok selama-lamanya.. sedih krn mama n abah tak dapat meraikan kejayaanku..
Last konvo DPLI UTHM, Batu Pahat (10 Ogos 2009)... aku ambil kept utk tidak menyertai majlis konvo.. pergi just tok ambik transcript tok interview SPP.. Lagi pun ramai member aku tak menyertai konvo..

Adakah ini last konvo aku??
Mungkin tidak..... aku akan belajar dan terus belajar selagi masih berdaya n mampu.. Akanku kejar Master..... PHD.... insyallah.. klu hasratku tercapai.. biarlah konvo itu aku dtg bersama2 org yg akan berkongsi hidup dgn aku.... AMIN...

Pesta Florial '09 Putrajaya Version 2
























































Pesta Florial '09 Putrajaya
















Fiesta Floria '09...

Dari mula buka 1 Ogos lagi aku nak pergi ke situ.. tp tak pergi2 lagi co'z tak berkesempatan lagi. Last2 today 9 Ogos br sempat pergi ke Precint 2....Putrajaya.. Pergi plak tgh2 ari.. mak ai panas tak ingat dunia lg.. sampai now pun still pening kpl lg.. huhuhu.... Best giler i like flower... ada mcm2 bunga... tenang jiwa aku.. Mcm2 jenis bunga dan warna lagi ada.. Walaupun cuaca panas org tetap ramai n meriah lagi.. Terdapat pelbagai agensi kerajaan n swasta serta ipt terlibat dgn Floria ini... Rakyat Malaysia sungguh kreatif .. bangga menjadi rakyat malaysia.. Aku tak lupa snap pelbagai aksi tok dijadikan kenangan dengan menggunakan handphone kesayanganku (N96). Tak apa.....guna dulu handphone sementara kumpul duit beli kamera baru..huhuhu.. Balik terus pening kpl sbb migrain aku ni klu panas2 mst nak dtg.. mcm mana nak pi Gurun sahara ni panas2 tak boleh... heheh..

* My pic kat Floria '09 at another post.................continue