Saturday, December 25, 2010

Kenapa suka menipu?

Aku sungguh tak paham.. kat dunia ni kenapa perlu ada istilah MENIPU?? Apa yang best menipu org? ... Sungguh2 aku tak paham.. Tak perlulah menipu buat menambah dosa.. AKU PANTANG ORANG MENIPU.... bukan berlagak n nak tunjuk baik... tp mmg btl2 benci..

Saturday, December 18, 2010

Aku jatuh cinta lagi

Awal2 tak nak start buat... main2 lagi... kul 5pg baru siap tempahan Kak Midah.. Kat mata aku ok jer. Tak tahulah klu org pro tengok conform dapat satu bintang jer. Biasalah saya baru belajar. Mata dr ngantuk terus tak ngantuk. Selain tu try making design for cupcake.. teknik TRY n ERROR.. alhamdulillah ok lah juga.. Sebab minat sanggup aku abaikan tidoku. Makin hari ke hari aku sudah jatuh cinta dengan membuat kek... cupcake.. Jiwaku tenang dan puas.. Apabila memandang hasilnya aku pun tak percaya aku mampu lakukannya.. Alhamdulillah tuhan bagi aku satu lagi keistimewaan dalam diriku yang tidak ku sedari selama ini.. Akan aku terus mencari ilmu untuk memantapkan lagi hobi baruku ini. Kek, choc, tart, muffin dan cupcake ..... i love it.... Impianku akan aku realisasikan... Misstery Homemade Sweet menjadi satu jenama yang dikenali ramai.. AMIN. Nati klu aku rajin akan aku ceritakan dari mana asalnya perkataan MISSTERY.. Panjang ceritanya..

Dairi Hari Ke4 18 December 2010

Breakfast:
NO
Lunch:
1/2 senduk nasi
1 ekor caru bakar
pucuk ubi celur
3 hiris timun
air suam
Dinner:
4 ketul ayam bakar (wing)
air kosong

Catatan:
Totally today mmg hancus diet.... Must start again.. Siap mkn mangga n jambu jeruk lagi... Tak tahan godaan.. But my weight loss... now 82kg.... Must start again..

Warkah Buat Mama (Arwah Rakiah Bt. Hj. Mamat)

Disember 2005 tetap segar dalam ingatan aku. Perginya seoarang insan yang amat aku sayangi serta aku kagumi. Kini sudah 6 tahun mama meninggalkan aku, mui, mullah serta ahli keluarga yang lain. Pada subuh di pagi  yang hening aku dikejutkan oleh Cik Ngah supaya pergi ke bilik mama. Masa itu aku lihat semua mengerumuni mama. Aku lihat atuk mengajar mamaku kalimah syhadat. Ya allah sudah sampai mama menniggalkan kami semua. Pada masa itu, aku dapat rasakan seluruh hidupku dibawa mama pergi. Aku bersyukur kerana Tuhan mendengar permintaan aku sebelum ini. Aku relakan tuhan mengambil mama tapi biarlah mama meninggal ketika kami semua disisinya. Sebab kedua2 adikku masa itu berada di Kuala Lumpur kerana masih belajar. Kebetulan aku pada masa itu berada di Kelantan kerana menjalani latihan industri di TNB Lundang. Mujurlah adik2ku sempat balik n sedara mara semua berkumpul di rumahku. Aku masih ingat pada pg itu mama dan abah ingin keluar. Tiba-tiba abah memanggil aku supaya tolongnya mengangkat mama. Ya allah mama jatuh tiba2. Mama menangis kerana beliau akan berangkat ke Tanah Suci minggu berikutnya. Segala persiapan telah disediakan. Setelah 3 hari mama terlantar sakit. Akhirnya beliau pergi jua. Moga2 roh mama dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang beriman.
Kalaulah mama ada sekarang, mesti mama gembira sangat kerana mama kini bergelar nenek... Adikku Mui telah selamat mendapat cahayamata pertama... Adam Zarif yang cute dan comel. Setiap kali melihat Adam Zarif aku sedih kerana mama tidak sempat melihat cucu sulongnya. Mama alhamdulillah kami ber3 telah berjaya. Kata-kata mama tetap Kak Asy ingat.. Mama tak nak anak2 mama blj tahap mama dan abah.. Alhamdulillah kini kami bertiga dapat memenuhinya. Kak Asy syukur mama kerana dapat mewarisi kerjaya mama dan abah. Akan Kak Asy teruskan perjuangan mama membimbing anak bangsa. Tapi Kak asy sedih juga kerana mama tiada masa Kak asy konvo Ijazah dan DPLI.. Tapi mama sempat melihat Kak Asy konvo Sijil n Dip..
Mama walau mama tiada disisi kami semua. Tapi Kak Asy rasa mama dekat dihati Kak Asy...I LOVE U MAMA.. U ARE PERFECT WOMEN FOR ME... Impian Kak Asy satu masa nati nak jadi macam mama...AMIN...

Friday, December 17, 2010

Dairi Hari Ketiga 17 December 2010

Breakfast:
2 slice cheese
Air suam
Lunch:
2 slice ikan salamon grill (sedap sangat2 kat Fish & co one utama)
Early Green Tea
Air suam
Dinner:
1 slice ayam grill
Air kosong

Thursday, December 16, 2010

Dairi Hari Kedua 16 December 2010

Breakfast:
1 biji telur rebus
salad
1ts mayo
1 slice cheese
air kosong
Lunch:
2 ekor ikan keli bakar
tauge
air kosong
Dinner:
1 keping dada ayam grill
air kosong

Catatan:
Alhamdulillah arini tak ada masalah apa2.. tp dugaan tetap ada. Pagi2 aku pi sekolah dia orang makan nasi. Bau nasi berlauk tu mmg menyelerakan. Then ada plak yang bawak karipap (my fav) nasib aku dapat menangkisnya. Yang penting aku mesti pertahankan target aku. Tak Nak Gemuk... Klu Dzul boleh buat kenapa aku tak blh. Yang penting keazaman dan tekad. Target buka sek ni aku dah berubah sedikit. Mudah-mudah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.Amin

Dairi Hari Kedua 16 December 2010

Breakfast:
1 biji telur rebus
salad
1ts

Wednesday, December 15, 2010

Dairi Hari Pertama 15 December 2010

Breakfast:
1 biji telur rebus
air kosong
Lunch:
2 ekor ikan goreng (Halia+bawang putih+garam sedikit+kunyit+cili merah:ditumbuk)
air kosong
Dinner:
1 mangkuk sup campur (ayam, daging n perut)
Air suam

CATATAN: (83.4KG)
Hari pertama tak makan nasi tak ada mslh tp mcm2 dugaan datang. Kena plak today ada org order choc kek. Masa buat tu terasa choc..aduh.. nasib cpt ingat balik. Then petang kuar shopping barang makanan kat Giant Putra Height. Dugaan tgk mcm2.. nasib dapat tahan. 1st time beli barang tengok berapa Carb. Selalu main ambik jer apa yang nak. Beli telur pun tgk berapa Carb telur..huhu.. Nak dinner kat umah tak sempat sbb kena mkn sebelum kul 8.00mlm. Jadi intai2 ada satu restoren dlm giant tu.. Orderlah sup campur ngan air suam. Alhamdulillah arini berakhir dgn ok.. Kita jumpa lagi esok..

Diet Atkiens.. kurangkan Carbohidrat

Arini ari pertama aku mulakan diet Atkiens.. Ini semua aku dapat tahu daripada seorang kawan. Dia tunjukkan akaun "Tak Nak Gemuk" di facebook. Akaun ini milik Dzul yang dulunya seorang yang GEMUK now dah handsome, kacak, macho n semua adalah.. Now dialah IDOLA aku Aku pun nak jadi mcm dia..kurangkan carb (karbohidrat) dlm pemakanan seharian.. Sehari mesti ambik 20g carb sahaja.. Wajib breakfast..

MAKANAN YANG DILARANG:
1. Nasi, Mi, Mihun, Laksa, Laksam, Spagethi, Fettucini, Oat, Kuew Tiew dan kawan2 seangkatannya.
2. Segalan jenis ROTI...
3. Segala jenis gula..gula2, madu
4. Buah-buahan
5. Minuman bergula, jus buah-buahan dan air gas (100plus)
6. segala jenis SNEK n BISKUT
7. Kekacang
8. Makanan SEGERA, FAST FOOD n makanan PROSES
9. Makanan BERTEPUNG..kek, biskut, kuih muih
10. SOTONG - carb yang tinggi
11. Sayuran berwarna - carrot, tomato dll

MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN:
1. AYAM, IKAN, DAGING, UDANG - salai, rebus, bakar, goreng, panggang, steam (dilarang goreng dengan tepung)
2. SAYURAN - sayuran hijau
3. Cheese Slice (2-3kpg sehari)
4. Air kosong (8gelas ke atas)
5. Suppliment - multivitamin

Tuesday, December 14, 2010

Aku dan Misstery Homemade Sweet

Apa tu Misstery Homemade Sweet?? Itulah kerja part time aku sekarang.. Making cake, tart, choc, muffin, cupcake n pai Semua terkezut dengan my new job. Huhuhu sbb semua tau aku ni bukan suka buat keje2 mcm ni. Misstery Homemade Sweet tercetus idea my old friend...Zairie Ilani pemilik Dapur dan Oven.. (tq Jerry sbb give me sapport n idea). Now aku enjoy dengan kerja baru aku ni. Tq buat all customer kerana percaya dengan produk Misstery Homemade Sweet. Misstery Homemade Sweet juga adalah pengubat daku dikala tuhan menguji aku.. i'm solo again. Dengan adanya part time ini aku dapat lupakan kisah lalu. Alhamdulillah kerana ianya mmg ubat yang mujarab. huhuhu... Hope Misstery Homemade Sweet akan menjadi satu produk kegemaran ramai.. Amin.. Natilah sambung lagi.. Nak siapkan kek order from my customer..

Some INFO about Atkins Diet

The Atkins diet, officially called the Atkins Nutritional Approach, is a low-carbohydrate diet created by Robert Atkins from a research paper he read in the Journal of the American Medical Association published by Gordon Azar and Walter Lyons Bloom. Atkins stated that he used the study to resolve his own overweight condition. He later popularized it in a series of books, starting with Dr. Atkins' Diet Revolution in 1972. In his second book, Dr. Atkins' New Diet Revolution, he modified or changed parts of the diet but did not alter the original concepts

Miss My Blog..

Salam.. dah lama aku tak menjenguk blog ni. rindu sangat2 dah nak berblog.. Tup2 dah akhir tahun dah.. tak lama lagi 2010 akan tinggalkan kita. Aku mahu 2010 cepat berlalu agar semua kenangan yang pahit berlalu pergi.. Mudah-mudahan tahun 2011 membawa sejuta kegembiraan dan rahmat.. Start today aku akan berkongsi sesuatu dengan kalian semua.. Sesuatu yang baru... TUNGGU...