Wednesday, September 30, 2009

Oh my god... where are u??

I don't no why i cannot recall my memory.. Teruklah aku ni..muda2 lagi dah lupa. Itu menandakan semakin hari ke hari diri aku kearah menjadi dewasa.. Mana i put that letter lol??? Still menjadi persoalan dalam pikiranku. Takkanlah aku tak nak buat claim?? Oh no... Dah tu esok ada meeting takkan aku main redah jer.. Tulah klu aku tak ambik dr rak aku benda tu takkan ilang. Arini pagi2 aku dah geledah semua buku2, file n laci cari that letter...

What should i do??
I still thinking about that letter... oh no...
Lastly aku nekad go to opis n met Pn. Chu.. Pn. Chu my offer letter missing.. what should i do? ayooo.. muda2 lagi dah lupa lol.. why u tak simpan betul2? Last day before raya i take from my rack then i cannot remember where i put... Ok you meet akak Zai... (ati aku terus lega sangat2). Lastly i get copy that letter... alhamdulillah...

OOoooo.... nope love letter... huhuh.. but letter of over be pengawas for PMR at SMK Puchong Jaya (A)...co'z tomorrow i must attend meeting at that school... gabra co'z 1st ... i hope semua berjalan lancar... amin..

GooD LuCk 4 all students form3....

Tuesday, September 29, 2009

Kau ada dia ...the lima

Kau Ada Dia
Sudah lama ku memendam rasa
Cinta di dalam dada
Namun tidak pernah bersuara
Kerana takut kecewa
Ku tunggu waktu yang lebih baik
Untuk langkah pertama
Jauh dari apa yang ku kira
Hatimu ada yang punya
Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia
Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cinta
Tapi sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang
Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia....
Kau ada dia ..
aku rasakan sinonim dalam hidupku. Apabila dengar lagu ini membuat ati aku sayu. Sampai bilakah aku akan terus seperti ini?? Namun tak mungkin persoalan itu dapat aku jawab.. Biarlah takdir dan masa yang menentukan.. Yang penting dalam hidupku sekarang adalah kebahagiaan adik2 aku (mui & mullah) dan kerjayaku. Aku sedar aku tidak dilahirkan mcm Siti Nurhaliza dan tidak juga mcm Maya Karin. Bukan aku pinta diriku seperti ini tp tuhan yang menentukan. Aku redha dan bersyukur masih mempunyai cukup anggota badan dan bukannya OKU.. alhamdulillah.. Yang penting bagi aku apa org nak kata..katalah yang penting aku bukannya kacau dia orang pun.. Aku masih ingat pesanan nenekku.. "Kak As, kita tak ada rupa jadi belajarlah tinggi-tinggi". Alhamdulillah sekarang aku mampu pegang segulung IJAZAH dan berstatus CIKGU.. Maybe lepas ini aku mampu mengengam Master dan PHD. Itu adalah impian diriku ini. Harap ianya menjadi kenyataan..amin. Biarlah aku tidak berjaya dalam cinta tapi yang penting bagiku adalah cita-cita. Aku yakin CINTA akan datang satu masa nati tak perlulah aku memikirkannya..

Saturday, September 26, 2009

New Hobi...sulam menyulam




Hobi...


Kalau dulu hobi aku membaca novel, travel, bertenet.... now aku ada hobi baru plak. Hobi ni sangat menarik dan menguji aku supaya teliti dan bersabar. Bak kata pepatah " hendak seribu daya tak hendak seribu dalih".. Hobi ni bermula apabila Cik Sue (my aunty) told to me dia ada buat tudung bawal bunga bayang. Aku tny dia apa benda tu.. tak penah dengar. Then apabila Mullah (adik bongsuku) blk lg Cik Sue kirim tudung tersebut. Nice tudung i like it..sgt2 cantik dan kemas. Balik raya aku mintak Cik Sue ajar aku jahit. Pastu aku ajak Farid (sepupuku) supaya antar aku ke kedai nak beli barang-barang untuk membuat tudung bunga bayang. Aku beli 2 helai kain bawal (pink dan cream) yang belum disulam then beli benang serta frame. Balik tu apa lagi aku terus lukis bunga di atas kain. Dan mula menjahitnya sepetang... sungguh ssh tp menarik dan buat aku kusyuk giler..huhu....




Apa yang aku tekapkan bukan aku ikut pun. Jadi bunga lain plak. Hentam jelah janji siap.. Yang plaing berlagak aku ni, org lukis bunga sikit2 jer... baru2 blj dah lukis bunga penuh di kain.. mak ai nampaknya lambatlah nak siap.... yang pasti nati aku akan paparkan hasil kerja tangan aku.. Tapi tunggu dulu biar suprise.... Dalam ni aku sertakan pic aku capture hasil kerja tangan Cik Sue. Tunggukan hasil kerja tangan aku..................

Kata orang..


Kenapa manusia...


Kalau dah berumur mereka akan ... (terpaksaku lalui sekarang)

"bila nak kahwen?"

----> masalahnya aku tak th bila tarikh aku nak kahwen..klu aku tahu leh aku jawab soalan tu.. calon pun tak ada. sapalah tak nak kahwen..mstlah nak kahwen nak ada teman idup untuk berkongsi segala-galanya.


Pastu klu dah kahwen.... (ni kwn2 aku lalui)

"bila nak dapat baby?"

-----> manalah mrk th bila nak dpt. usaha mmg lah mrk usaha semua tu ditangan tuhan..


Dah ada anak plak..

"bila nak dapat menantu?"


Dan .. bla..bla...bla... (bermcm2 soalan dia aju-ajukan)


Kesimpulannya manusia ni takkan abis persoalannya .... last2 sekali kena soal alam lain baru terdiam.. Jadi moral of the story...jgnlah jaga tepi kain org, jagaklah tepi kain sendiri aja..


~JeratSemata'09 (1.29a.m)~

Friday, September 25, 2009

Suatu pagi di hari raya..



Satu Pagi Di Hari Raya(Raihan &
NowSeeHeart)

Satu Pagi Di Hari Raya
Aku Sujud Memuji Mu
Satu Pagi Di Hari Raya
Aku Sujud Membesarkan Mu
Ku Melafazkan Takbir
Penuh Rasa Kehambaan
Ku Melafazkan Tahmid
Penuh Rasa Kesyukuran
Korus:
Gema Takbir Di Pagi Raya
Ku Teringat Kampung Halamana
Ku Di Perantauan
Tak Berdaya Menahan Sebak
Gema Takbir Di Pagi Raya
Ku Rindukan Ibu Di Sana
Keluarga Sanak Saudara
Hanya Doa Kukirim

Marilah Di Hari Raya
Kita Semua Bermaafan
Lupakan Persengketaan
Eratkan Persaudaraan
Harmoni Di Hari Raya
~ PasirPuteh'09~

Thursday, September 24, 2009

Raya Style..

Raya tahun ni tak sempat nak tempah baju.. jadi terpaksalah beli ready made.. nasib ada saiz..huhu.. Dulu arwah mama belikan kain tlg pi tempah. Sejak arwah mama tak ada semua aku kena buat sendiri terpaksalah berdikari.. Nasib si mui n mullah dah keje. Jadi mereka dah sediakan baju raya sendiri. Klu tak aku kena sediakan untuk mereka berdua. maklumlah akukan akak n merekakan adik. Tp now adik plak kena jaga akak.. Berbalik pada baju raya aku tahun ni.. huhuh. Macam budak2lah plak. I like baju kurung sbb boleh pakai bila2 masa n dimana2 saja.. Klu berfesyen2 ikut peredaran zaman dan masa.. Tada........huhu..ada sepasang lagi yang tu lupa nak snap pic.. bz sesangat aritu... Tapi raya tak semeriah masa ada arwah mama dulu2.. Tahun ni aku tukar RM100 jer duit RM1 tuk disedekahkan.. Tak dapat bg banyak.. janji ada gak bagi tuk budak2.. Zakat semua alhamdulillah aku settelkan kat Selangor awal2 .. RM7 zakat untuk tahun ni. Nilah tahun pertama aku bayar zakat. Takkan nak harapkan abah lagi. Aku kan dah keje... Hope tahun depan muarh rezeki.. amin

~PasirPuteh raya'09~

My IMAGO..



My IMAGO after accident...



Oh tuhan.. apakah dugaan yang kau berikan untuk
diriku ini? Apa2 pun aku harus tabah dan redha dengan apa yang terjadi. Inilah
kali ke3 my imago kemalangan lagi. Aduh sakitnya kepala lututku. Tp sakit lagi
hati mengenangkan my imago... Adakah ini menunjukkan tanda perlunya sebuah
perpisahan???

I still remember Cik Sue say "Kak As jual jelah kete tu
dah berkali2 dah accident tak elok disimpan".. mullah n mui say "Kak As jual
jelah keta tu..mung beli kete lain".. Cik Ana say "Bila nak pki kete
lainnya?".... Aku pun ada say tu Mullah 2@3 hari sebelum accident "Mullah mung
servey vios ko aku. Co'z aku nak tukar pki vios nak jual kete ni"..

Benarkah kete boleh merajuk??? Aku asyik sebuk nak jual kete..nak jual
kete.. Terus merajuk n accident..sebenarnya aku sayang nak jual My IMAGO...i
love my imago very much.. Banyak kenangan aku ngan my imago.. My imago adalah
pemberian abah untuk aku.. aku guna my imago sejak 2006..masa aku belajar di
UTeM,Melaka.. My Imago banyak jasa bawak aku pi kelas..muahhh cyg my imago..

Rentetan kemlangan my imago:
-kemalangan kecil...di melaka lampu
pecah sikit terlanggar kete org.
-dilanggar belakang oleh Merc masa balik
keje ...masa keje jd engineer cabuk dulu2. Org tu bayar ganti rugi RM300 baiki
bumper belakang
-dilanggar tepi sikit masa parking di kampung baru..
-accident 1 week sebelum balik raya..kat LDP dengan Merc..kete abis teruk
kat depan.. Dekat beberapa bulaan tersadai kat bengkel..yang tu calaim
insurans..
-accident balik kelantan..langgar lembu kat Felda Chiku..abis
rm2k lebih baiki
-accident masa keluar dari umah PakMuda..dihari raya ke-4..
tak th bila nak kuar workshop ni..melayang rm1k lbh...tq mui co'z sponsor baiki
(mcm nilah adik)

Aku miliki imago tu dah dekat2 4thn (2006-2009)..Lepas
ni terpaksa aku lepaskan imagoku pergi..so sad..apakan daya jodoh tak
panjang..aku tetap akan merindui my imago..tulah 1st kete aku miliki dalam
idupku..

Aku patut bersyukur pada tuhan walau 3x kemalangan teruk dengan
my imago.. aku n para penumpang lain masih ada pelung untuk hidup.. Tak ada
kecederaan yang teruk. My imago dah menyelamatkan kami..alhamdulillah... Lepas
ni aku memiliki 2nd car.. tengah survey nak kete apa.. Aku nak kete yang boleh
isi barang banyak n apa bila kat jalan raya tak melayang2...huhu..

My
dreams:
- Fairlady so cute sesuai untuk ladies..tp harganya mak ai..tak
berkemampuan lagi.
- Cardina sporty n elegent.... aku mesti dapatkannya..now
mmg tak mampu tp aku yakin nati mst aku dpt miliki....
- Vios
bergaya...lagi2 colour hitam..nak cr yang berpatutan..ini mcm sesuai..
-
Avanza hitam pun ok gak....
- Pesona keluaran malaysia... badannya pun boleh
tahan juga..

~My hometown PasirPuteh at umah ATUK~

Monday, September 21, 2009

Miss My MAMA...



Mama..
Senyumanmu amat ku rindui. Suaramu sudah lama tidak ku dengari. Namun namamu ttp mekar dihatiku. Tiada yang dapat mengantikan tempatmu mama..

Mama...
Sudah 4 tahun kau pergi meninggalkan aku dan adik2.. sebak hatiku melihat 2 nisan terbujur kaku dan lalang2 tumbuh berdiri. Walau jasad mama tiada disisi tp k'as tahu mama sll berada dekat dengan k'as. Mama k'as, mui dan mullah sudah penuhi permintaan mama. Alhamdulillah kami bertiga sudah tamat belajar dan sekarang sudah bekerja. K'as terkilan sbb mama tidak sempat melihat kejayaan kami bertiga.. K'as dan mui telah menyambung kerjaya mama mendidik anak bangsa menjadi CIKGU. Mullah telah kerja di CELCOM. Semua ini hasil didikan mama dan abah. K'as tetap ingat kata2 mama... i miss u mama..

Mama..
Tak lama lagi mama akan dapat menantu.. Mui akan kahwen. Klu mama ada mesti mama lah org yang paling sibuk dan gembira.K'as harap mama gembira di sana.... Moga allah cucuri rahmat ke atas roh mama... amin
~PasirPuteh raya'09~

Saturday, September 19, 2009

Lebaran Yang Suram

Tahun ini tahun ke 4 aku dan adik2 celebrate lebaran tanpa arwah MAMA. Aku sangat2 merindui mama tapi apakan daya tuhan lebih sayang pada mama. Klu mama ada mst aku tak perlu pikir baju raya, makanan dipagi raya, kuih muih dan segala-galanya. Mama mesti akan siapkan sebelum lebaran menjelma. Bila tiba raya mama akan sibuk didapur menyiapkan ketupat dan tapai. Alangkah indahnya waktu mama ada disisi. Walau umur aku meningkat aku masih rindukan kasih syg mama..gelak tawa mama..suara mama... i need u mama..

Selalunya rutin kami pagi2 raya sewaktu mama masih disisi.. Pagi2 abah akan kejutkan kami utk mandi sunat raya, bermaafan dan bergegas ke masjid. Tapi kini tiada lagi tangan mama tuk aku cium..tiada lagi air tangan mama.. semua itu hanya tinggal kenangan. Kenangan itu sering bermain dilubuk mindaku. Kadang2 aku cukup jelous dgn org yang masih ada mak.. Tapi dah takdir aku kehilangan mak dlm masa yang muda.

Selepas kehilangan mama kami adik beradik selalu berkumpul di umah nenek dan atuk. Ya allah panjangkan umur atuk n nenek aku. Aku tak nak kehilangan orang yang tersayang lagi. Cukuplah kau ambik mama dan Cik Ngah.. Setiap kali raya aku resah dan gelisah... selamat hari raya buat semua.

p/s : buat yang masih ada ibubapa jagalah mereka jangan lukai mereka. setelah kehilangan mereka barulah kamu rasa kesedihan dan kehilangan....ingatlah kawanku

Thursday, September 17, 2009