Sunday, August 30, 2009

Merdeka.. merdeka .. merdeka


Salam kemerdekaan buat semua.............



"1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".


Hari ini 31Ogos2009 genaplah 52tahun Malaysia merdeka.. Kalau mengikut umur tersemua klu manusia dah beranak serta bercucu cicit..dah nak pencen. Ini bermaka, angka 52 itu menunjukkan Malaysia sudah lama hidup tanpa dijajah.


Tapi sayang seribu kali saya.. cuba kita renungkan bersama "adakah negara kita merdeka?". Bagi sayalah Malaysia Merdeka pada nama sahaja. Kita tetap dijajah oleh melalui pelbagai cara.. Antaranya wajarkah kita gunakan bahasa asing sebagai bahasa kita?? Manakah nilai2 cintakan bahasa.. "Bahasa Jiwa Banga" itu bermakna bahasa itu menunjukkan identiti sesuatu bangsa dan sesebuah negara. Anak2 nak diajarkan dengan bahasa pengantar negara asing.. tak patut..


Selain itu juga, anak2 muda masa kini terikut2 budaya Barat dengan cara percakapan, berpakaian, pergaulan dan sebagainya. Kita bukan hidup dengan cara itu, masyarakat kita penuh adat kesopanan dan kesantuman. Berpakaian tidak terdedah sana sini ibarat negara miskin tak cukup duit nak membeli kain. Dasyat sungguh masyarakat sekarang.. bertindik sini sana ibarat lembu. Kalau lembu ditindik untuk ditanda tapai manusia ditindik untuk apa??? Pikir-pikirkanlah.


Itu sajalaah coretan saya sempena kemerdekaan ke 52... Selamat Menyambut Hari Merdeka mudah-mudahan kemerdekaan milik kita kekal selamanya.. amin

No comments:

Post a Comment