Saturday, September 19, 2009

Lebaran Yang Suram

Tahun ini tahun ke 4 aku dan adik2 celebrate lebaran tanpa arwah MAMA. Aku sangat2 merindui mama tapi apakan daya tuhan lebih sayang pada mama. Klu mama ada mst aku tak perlu pikir baju raya, makanan dipagi raya, kuih muih dan segala-galanya. Mama mesti akan siapkan sebelum lebaran menjelma. Bila tiba raya mama akan sibuk didapur menyiapkan ketupat dan tapai. Alangkah indahnya waktu mama ada disisi. Walau umur aku meningkat aku masih rindukan kasih syg mama..gelak tawa mama..suara mama... i need u mama..

Selalunya rutin kami pagi2 raya sewaktu mama masih disisi.. Pagi2 abah akan kejutkan kami utk mandi sunat raya, bermaafan dan bergegas ke masjid. Tapi kini tiada lagi tangan mama tuk aku cium..tiada lagi air tangan mama.. semua itu hanya tinggal kenangan. Kenangan itu sering bermain dilubuk mindaku. Kadang2 aku cukup jelous dgn org yang masih ada mak.. Tapi dah takdir aku kehilangan mak dlm masa yang muda.

Selepas kehilangan mama kami adik beradik selalu berkumpul di umah nenek dan atuk. Ya allah panjangkan umur atuk n nenek aku. Aku tak nak kehilangan orang yang tersayang lagi. Cukuplah kau ambik mama dan Cik Ngah.. Setiap kali raya aku resah dan gelisah... selamat hari raya buat semua.

p/s : buat yang masih ada ibubapa jagalah mereka jangan lukai mereka. setelah kehilangan mereka barulah kamu rasa kesedihan dan kehilangan....ingatlah kawanku

No comments:

Post a Comment