Kau Ada Dia
Sudah lama ku memendam rasa
Cinta di dalam dada
Namun tidak pernah bersuara
Kerana takut kecewa
Ku tunggu waktu yang lebih baik
Untuk langkah pertama
Jauh dari apa yang ku kira
Hatimu ada yang punya
Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia
Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cinta
Tapi sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang
Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia....
Kau ada dia ..
aku rasakan sinonim dalam hidupku. Apabila dengar lagu ini membuat ati aku sayu. Sampai bilakah aku akan terus seperti ini?? Namun tak mungkin persoalan itu dapat aku jawab.. Biarlah takdir dan masa yang menentukan.. Yang penting dalam hidupku sekarang adalah kebahagiaan adik2 aku (mui & mullah) dan kerjayaku. Aku sedar aku tidak dilahirkan mcm Siti Nurhaliza dan tidak juga mcm Maya Karin. Bukan aku pinta diriku seperti ini tp tuhan yang menentukan. Aku redha dan bersyukur masih mempunyai cukup anggota badan dan bukannya OKU.. alhamdulillah.. Yang penting bagi aku apa org nak kata..katalah yang penting aku bukannya kacau dia orang pun.. Aku masih ingat pesanan nenekku.. "Kak As, kita tak ada rupa jadi belajarlah tinggi-tinggi". Alhamdulillah sekarang aku mampu pegang segulung IJAZAH dan berstatus CIKGU.. Maybe lepas ini aku mampu mengengam Master dan PHD. Itu adalah impian diriku ini. Harap ianya menjadi kenyataan..amin. Biarlah aku tidak berjaya dalam cinta tapi yang penting bagiku adalah cita-cita. Aku yakin CINTA akan datang satu masa nati tak perlulah aku memikirkannya..
No comments:
Post a Comment