Disember 2005 tetap segar dalam ingatan aku. Perginya seoarang insan yang amat aku sayangi serta aku kagumi. Kini sudah 6 tahun mama meninggalkan aku, mui, mullah serta ahli keluarga yang lain. Pada subuh di pagi yang hening aku dikejutkan oleh Cik Ngah supaya pergi ke bilik mama. Masa itu aku lihat semua mengerumuni mama. Aku lihat atuk mengajar mamaku kalimah syhadat. Ya allah sudah sampai mama menniggalkan kami semua. Pada masa itu, aku dapat rasakan seluruh hidupku dibawa mama pergi. Aku bersyukur kerana Tuhan mendengar permintaan aku sebelum ini. Aku relakan tuhan mengambil mama tapi biarlah mama meninggal ketika kami semua disisinya. Sebab kedua2 adikku masa itu berada di Kuala Lumpur kerana masih belajar. Kebetulan aku pada masa itu berada di Kelantan kerana menjalani latihan industri di TNB Lundang. Mujurlah adik2ku sempat balik n sedara mara semua berkumpul di rumahku. Aku masih ingat pada pg itu mama dan abah ingin keluar. Tiba-tiba abah memanggil aku supaya tolongnya mengangkat mama. Ya allah mama jatuh tiba2. Mama menangis kerana beliau akan berangkat ke Tanah Suci minggu berikutnya. Segala persiapan telah disediakan. Setelah 3 hari mama terlantar sakit. Akhirnya beliau pergi jua. Moga2 roh mama dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang beriman.
Kalaulah mama ada sekarang, mesti mama gembira sangat kerana mama kini bergelar nenek... Adikku Mui telah selamat mendapat cahayamata pertama... Adam Zarif yang cute dan comel. Setiap kali melihat Adam Zarif aku sedih kerana mama tidak sempat melihat cucu sulongnya. Mama alhamdulillah kami ber3 telah berjaya. Kata-kata mama tetap Kak Asy ingat.. Mama tak nak anak2 mama blj tahap mama dan abah.. Alhamdulillah kini kami bertiga dapat memenuhinya. Kak Asy syukur mama kerana dapat mewarisi kerjaya mama dan abah. Akan Kak Asy teruskan perjuangan mama membimbing anak bangsa. Tapi Kak asy sedih juga kerana mama tiada masa Kak asy konvo Ijazah dan DPLI.. Tapi mama sempat melihat Kak Asy konvo Sijil n Dip..
Mama walau mama tiada disisi kami semua. Tapi Kak Asy rasa mama dekat dihati Kak Asy...I LOVE U MAMA.. U ARE PERFECT WOMEN FOR ME... Impian Kak Asy satu masa nati nak jadi macam mama...AMIN...
No comments:
Post a Comment