Arini ari pertama aku mulakan diet Atkiens.. Ini semua aku dapat tahu daripada seorang kawan. Dia tunjukkan akaun "Tak Nak Gemuk" di facebook. Akaun ini milik Dzul yang dulunya seorang yang GEMUK now dah handsome, kacak, macho n semua adalah.. Now dialah IDOLA aku Aku pun nak jadi mcm dia..kurangkan carb (karbohidrat) dlm pemakanan seharian.. Sehari mesti ambik 20g carb sahaja.. Wajib breakfast..
MAKANAN YANG DILARANG:
1. Nasi, Mi, Mihun, Laksa, Laksam, Spagethi, Fettucini, Oat, Kuew Tiew dan kawan2 seangkatannya.
2. Segalan jenis ROTI...
3. Segala jenis gula..gula2, madu
4. Buah-buahan
5. Minuman bergula, jus buah-buahan dan air gas (100plus)
6. segala jenis SNEK n BISKUT
7. Kekacang
8. Makanan SEGERA, FAST FOOD n makanan PROSES
9. Makanan BERTEPUNG..kek, biskut, kuih muih
10. SOTONG - carb yang tinggi
11. Sayuran berwarna - carrot, tomato dll
MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN:
1. AYAM, IKAN, DAGING, UDANG - salai, rebus, bakar, goreng, panggang, steam (dilarang goreng dengan tepung)
2. SAYURAN - sayuran hijau
3. Cheese Slice (2-3kpg sehari)
4. Air kosong (8gelas ke atas)
5. Suppliment - multivitamin
No comments:
Post a Comment