Monday, October 7, 2019

Catatan pengubat rindu



Assalamualaikum...
Pejam celik..rupanya 2019 sudah hampir melabuhkan tirainya. Tiba-tiba teringin untuk mencoretkan sesuatu buat kenangan masa depan.
Ya allah rupanya sudah lama tidak berkunjung kesini. Last 2016😵😵.

Mula hari ini Cikgu Asy akan kongsi sesuatu buat anda semua... Bukan itu sahaja Cikgu Asy juga akan kongsi tips-tips hebat dengan anda semua. Cukuplah dulu untuk kali ini.. 😘😘

Menulis dapat membuat segala masalah dapat dilupakan..

7 October 2019
7.10pm

Wednesday, May 18, 2016

Cikgu ooo cikgu

Diam x diam sebenarnya blog ni wujud sejak 2009.. Tp disebabkan pemiliknya yang malas nak menulis.. Bersawanglah blog ni. Blog ni seusia dengan diriku bergelar seorang guru.. Alhamdulillah x sangka akhirnya aku bergelar cikgu.. Cikgu Asy .. Cikgu Asyrani.. Tq arwah mama & arwah abah.. Akhirnya anakmu mewarisi pekerjaanmu dahulu.. Next chapter aku akan berkongsi kemeriahan hari guru 2016 di smkpp.. Tunggu....

My fav cookies

Saya jual cookies ni sebab saya mmg hantu cookies ni. Cookies semperit untaian kasih.. Mmg rapuh tp lembut & cair dalam mulut.. Rasanya yang lemak dan rasa susu.. Tp tidak dimasukkan susu. Mmg menjadi fav my cus.. Sekali try mst nak lg.. Bentuknya yg comel ala2 ulat buat lg unik.. I love this cookies.. Alhamdulillah every year mst menjadi permintaan regular cus.. Nak try boleh wa sy 0166011995..

Saturday, May 14, 2016

Hospital oh hospital

Klulah semua gov hosp mcm ini alangkah bagus. Mak mertua masuk hospital shah alam. Berkejarlah aku dari pd ke sana. Ni first time ke sana. Main redah jelah janji sampai. Mula2 masuk tgk kerusi depan.. Unik n menarik. Then masuk wad wow..tenang sangat. Igt lg masa bapa mertua masuk wad di tempat yg lain. Yg x sakit pun terasa sakit. Dengan katil yg banyak. Siap tambah katil lg. Lepas tu mcm hosp international..aduh sesak dada. Dengan kebersihan x dijaga. Hope skrg hosp tu dah berubah. Mcm mana pesakit nak sihat klu hosp persekitaran pun dah x sihat..hope semua hosp di malaysia dia naik taraf. Best recomment hosp shah alam. Selesa sangat. Kerusi menunggu pun selesa...

Sunday, September 6, 2015

Impian si chubby nak kurus

Assalamualaikum semua..

Nampaknya sudah lama sy menyepi. Impian demi impian diangan-angankan. Now berimpian "saya nak KURUS"... huhuhu lama dah berangan. setelah telan mcm2 ubat-ubatan dan mcm2 diet try akhirnya ambil keputusan nak stop semua itu..  mulakan dengan new life. Si chubby nak jadi kurus... ye ke???  Pernah dengar Kevin Zahri?? Penah dengar JK1M? Ni semua dah lama me dengar terigin  nak join tapi sayang duitlah plak..huhuhu .. jauhlah tenpatnya. Pada satu hari belek2 fb Bandar Saujana Putra akhirnya terjumpa iklan JK1M bsp. Pikir punya pikir. "Aku mestu join". Satu kata suami yg buat sang isteri tersentak."Abg tengok isteri abg paling besar kat sek tu". Dengan rasminya aku join program itu dengan semangat berkobar2. Ditemukan dengan coach yang betul2 mengambil berat coach Hazim Badri. Yang sebelum ni pun  beliau chubby skrg dah selim melim. Dikelilingi kawan2 yang sehati sejiwa yang mempunya semangat dan impian sama. Dayah, Sue, Kak As, Malin, Izan, Hid, Nik, Bo, Shah, Fida, Rahman, Fahmi Hasim n Fahmi. Selama 6 week mcm2 pengalam yang kami perolehi. Bukit Gasing kami tawan bersama2. Bermula dengan perjalanan 95.8kg alhamdulillah selepas 6 minggu hilang 8kg. Klu jual ubat kurus mesti laku ni sbb cheq dah kurus sikit. Walau x menang JK1M BSP tp sy telah menjadi juara untuk diri saya. Semasa dlm proses nak turun mcm2 dugaan dilalui. Berkat jaga makan dan senaman akhirnya impian makin menjadi kenyataan. Tunggu sambungan ke 2 misi impia. si chubby nak kurus..

Thursday, March 19, 2015

Bila Encik Suami Outstation Lg

"Abg kena outstation ke Baku", satu petang suamiku memberitahu aku.. "Baku, kat mana pula tu abg oiii", tanyaku kembali. Dalam hati "kena tinggal lagi". Apa lagi terus mengambil kawan baikku en note...cari en google mintak tlg jawab kat mana Baku.. ooo Baku rupanya ibu negara Azerbaijan. Sebuah negara yang cantik. Tapi yang buat x sedap hati alamak berdekatan Russia.. Kes MH17 terus menghantui pikiranku. Hope dipermudahkan urusan suamiku ya allah..  Ni dah nak masuk 2 minggu abg di Baku.. Semoga cepat balik ye abg.. Isteri abg x ada kawan nak ckp... miss u a lot

Travel Langkawi & Padang Besar

Alhamdulillah cuti kali ini berkesempatan travel ke Langkawi & Padang Besar dengan kawan-kawan serta anak2 muridku. Percutian 3 hari 2 malam membawa kami semua 1000 kenangan. Tq Cg. Sham yg menjadi perancang program kali ini. Bertolak pukul 11.30mlm pada 13hb Mac dah sampai balik 17Mac 1.00pg.

LANGKAWI
Berpeluang ke tempat membuat produk gamat, shopping kain batik di HIG & RAMS (famous disini.. harga berpatutan), makan di Restoren Siti Fatimah ( special kerabu Beronok... mmg terbaik), island hoping (pulaj dayang bunting, pulau helang & pulau beras basah) n x dpt dilupakan naik Cable Car (mcm jantung nak luruh.. tp dah turun rasa nak naik lg)..